Ketika Cinta Bertasbih (episode 1&2)
by Habiburrahman El Shirazy
Di petik dari perkataan Imam Bnu Athaillah tentang betapa dahsyat tentang cinta:
"Cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan"
" tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!"
Kecintaan itu adalah syahwat,dan perasaan seperti itu tidak akan boleh kau keluarkan, kau usir dari hatimu kecuali jika kau memiliki dua hal :
" Pertama, rasa cinta kepada Allah yg sgt luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir."
"Kedua, rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau rasa merana kerana rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika kau sibuk memikirkan Allah, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain"
" Kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain."
"Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak. Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima atau ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa jalla."
"Cinta adalah kekuatan
Ia ada kemampuan
Mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur
Mengubah malang menjadi tuah
Mengubah sedih menjadi riang
Mengubah syaitan menjadi nabi
Mengubah iblis menjadi malaikat
Mengubah sakit menjadi sihat
Mengubah kedekut menjadi dermawan
Mengubah kandang menjadi taman
Mengubah penjara menjadi istana
Mengubah amarah menjadi ramah
Mengubah musibah menjadi muhibah
Itulah cinta~~
Testimonial:
"Novel ini seolah menjadi setitik cahaya di tengah rasa keraguan anak muda teguh memegang prinsip-prinsip dalam kehidupan mereka. Dengan bahasa yang lembut dan memikat, penulis mengajak kita semua untuk banyak merenung kembali betapa indahnya hidup dalam naugan Al-Quran"
-Dr. Faizah Ali Sibromalisi, M.A
"Inilah novel motivasi yang mencerahkan minda. Luar biasa! Isinya saya rasakan begitu kuat untuk memberi motivasi kepada pembacanya untuk hidup berdikari, tidak menyerah kalah dan terus maju dalam meraih anugerah Allah."
-Sarwedi Hasibuan
Kata2 dr saya:
Ini Sedikit sebanyak petikan yg sy petik dr novel 1& 2 ini..Terlalu banyak jika mahu saya kongsikan dari 2 novel ini.. terlampau banyak bait2 ilmu yg semestinya sgt berguna utk kita semua.. So bg sesiapa yg sudah membaca novel "Ayat-ayat cinta"pastikan anda membaca novel "Ketika Cinta betasbih" ini pula nya..seriusly..mmg best~ So bg sesiapa rase ingin sesuatu yg boleh membangunkan jiwa..bukan utk berjiwang or wat so eva.. sila laa read diz book ya!! Apa salah nya sekali sekali merehat kan minda dgn novel2 yg membangkitkan jiwa...rite!
Happy reading~
Sunday, November 30, 2008
RaK BuKu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment