Teruskan lah kita mengisi saat-saat terakhir Ramadhan yg barakah ini dgn lebih tawadhuk lagi..Sesungguhnya di malam-malam terakhir Ramadhan itu ada satu malam ..di mana satu malam yg di cari-cari oleh ’mereka’ yg tahu kelebihan fadilatnya yg sangat besar disisi Allah Taala..
”Adalah Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh yg terakhir dari Ramadhan menghidupkan malam seluruhnya dan membangunkan ahlinya dan bersungguh-sungguh dalam beribadat.”
(Hadis Muttafaq alaih )
Dan juga hadis riwayat Aisyah :
” Adalah Rasulullah SAW bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan apa yg tidak dibuatnya pada bulan yg lainnya dan pada sepuluh yg terakhir yg tidak dibuatnya pada yg lainnya.”
( Hadis Riwayat Muslim )
Begitulah makna dan kepentingan malam ’Lailatul Qadar’..semoga kita termasuk org-org yg beruntung mendapat rahmat dan berkat dariNya..
Allah juga ada berfirman :
” Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (AlQuran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu? Malam Kemulian itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dgn izin TuhanNya utk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”
( Surah Al Qadr : 1-5 )
Sungguh beruntunglah kita jika kita dipertemukan dgn malam yg mulia ini..InsyaAllah
Sebagaimana tersebut dalam kitab Shahihain :
“Carilah ‘lailatul qadar’ pada sepuluh yg terakhir dari Ramadhan”
Dalam hadis lain pula ada menyebut:
” Sesiapa yg bangun beribadat pada malam qadar kerana iman dan mengharap kepada Allah, diampunkan dosanya yg lalu.”
Oleh yg demikian, marilah kita sama-sama terus menghiasi bulan Ramadhan yg tinggal beberapa hari saja ini dgn amal-amal ibadah yg ikhlas..seperti membaca Al Quran..menunaikan solat Tarawih dan solat2 sunat..bersedekah pada yg memerlukan..Lebih baik kiranya jika apa yg kita lakukan pada bulan Ramadhan ini dapat diteruskan sepanjang waktu ,bila masa-masa kesempatan yg ada..InsyaAllah
Kerana Firman Allah swt :
” Sesungguhnya org-org yg selalu membaca kitab Allah dan mendirikan Shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yg kami anugerahkan kepada mereka dgn diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yg tidak akan rugi.Kerana Allah akan menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”
( Surah Fathir :29-30 )
Rasulullah SAW ada menyatakan kelebihan-kelebihan org-org yg membaca Al Quran di dalam hadisnya..Diantaranya :
” Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan dgn sepuluh seumpamanya. Aku tidak katakan “Alif,Lam,Mim” itu satu huruf, “Alif ” satu huruf, “Lam” satu huruf,dan “mim” satu huruf..”
(Hadis riwayat At Termizi)
Begitulah penghargaan yg diberikan oleh Allah Taala bagi org-org yg membaca kitabNya..Tidak perlu kita mengeluar sesen pun utk mendapat rahmatNya..Maka rebutlah peluang yg ada di bulan Ramadhan ini..Bacalah Al Quran mengikut adap-adapnya…:
1.Bacalah sehingga timbul rasa tawadhu’ dan khusyuk..
2. Ikhlaskan diri utk mendapat keredhaanNya..
3.Bacalah dgn tertil..
Aisyah RA pernah ditanya mengenai pembacaan Nabi SAW, lalu ia berkata :
” Tidak laju seperti bacaan kamu ini. Seandainya org yg mendengar ingin mengira huruf-hurufnya nescaya ia dapat mengiranya.”
( Tafsir Al Munir, j, 29, m/s 193 )
4. Berusahalah utk memahami ayat-ayat yg dibaca.
Allah berfirman :
“ Ini adalah sebuah kitab yg Kami turunkan kepadamu penuh dgn berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran org-org yg mempunyai fikiran.”
(Surah Shaad : 29 )
5. Mengamalkan dan melaksanakan pengajaran Al Quran
Firman Allah :
“ Dan al Quran ini adalah kitab yg Kami turunkan penuh keberkatan, oleh itu, ikutilah dia dan bertawakallah agar kamu diberi rahmat.”
( Surah Al An’am : 155 )
6. Mengusahakan adanya proses perubahan yg POSITIF di dalam diri selepas membaca al Quran.
“ Sesungguhnya org-org yg beriman itu hanyalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacanya kepada mereka ayat-ayat Nya bertambahlah iman mereka kerananya, dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.”
( Surah Al Anfaal : 2 )
InsyaAllah, sama-samalah kita berusaha memahaminya dan seterusnya mengamalkan bagi melahirkan perubahan kepada diri saya sendiri dan kepada seluruh ummat Islam ..Semoga Allah sentiasa memberi pertunjuk kepada kita..
Suka saya mengulang sabda Rasulullah ini:
“ Apabila sampai malam terakhir bulan Ramadhan menangislah langit, bumi dan malaikat atas musibah yg menimpa ummat Muhammad S.A.W , lalu ditanya: Ya Rasulullah, musibah apakah itu? Rasulullah S.A.W berkata : “ Perginya bulan Ramadhan, kerana dalam bulan ini doa diperkenankan, sedekah diterima kebaikan digandakan pahalanya dan azab diangkatkan.”
Marilah kita terus mengisi dan memenuhkan DIARI RAMADHAN kita dgn amal ibadah yg di tuntut oleh Allah Taala dgn ikhlas..Semoga segala yg kita lakukan mendapat keredaan dan keberkatan dariNya..InsyaAlllah..
Jika saya tidak diizinkan oleh Allah dipertemukan dgn malam yg penuh barakah dan lebih mulia dari 1000 bulan ini..harapan saya semoga sahabat2 saya yg membaca petikan saya ini akan cuba
mengintai2 malam tersebut…Mudah-mudahan Allah memberi kemudahan kepada sesiapa yg mengingininya..InsyaAllah~
~Selamat meneruskan beribadah di dlm bulan Ramadhan Al-Mubarak~
Reff : Buku Siri Pendidikan Madani oleh Hj Muhammad Rivai Batubara…
(terbitanIMAD)
0 comments:
Post a Comment